CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday 27 July 2009

Penangan Si Tikus

Saksikanlah tutup balang yang dah berlubang tu. Didalam balang inilah pernah tersimpan kerepek pisang yang amat lazat. Nampaknya rezeki saya tak habis sebalang. Datanglah si cik siti dengan jayanya menebuk lubang dan membantu saya menghabiskan saki baki kerepek pisang dalam balang ini. Tak cukup dengan itu, kalau diperhatikan betul2 gambar ini, boleh kita nampak tompok-tompok hitam yang merupakan peninggalan isi perut tikus berkenaan yang dengan bongkaknya dipamerkan untuk tontonan saya.

Nampak gaya cik siti telah mula bermaharajalela. Syarikat 'pest control' tak datang service lagi bulan ni, dapat la korang joli... siap la nanti bila 'pest control' datang. Dengan murah hati la diorang tinggalkan makanan lazat untuk cik siti. Lepas makan.... hmmmmm... jalan terus.....

0 comments: