CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday 31 May 2009

Wanita Merokok


Semalam sedang asyik menikmati kopi di sebelah pagi dan bersembang dengan seorang rakan, timbul satu isu yang menarik dibincangkan. Pandangan masyarakat terhadap wanita yang merokok.  Teman berbual saya adalah seorang wanita dan beliau adalah juga seorang perokok yang menghabiskan satu bungkus rokok sehari. Dalam perbualan kami timbul isu berkaitan dengan pandangan masyarakat terhadap perokok wanita. Bagi beliau, tiada sebarang masalah kerana beliau dengan selamba menghisap rokok dikhalayak ramai dan tidak teragak agak untuk lepak di kedai mamak dengan rakan sekerja dan menghembus asap rokok.




*Gambar ini hanya ilustrasi dan bukan teman yang dinyatakan dalam artikel ini


Perbualan kami mula rancak berkaitan dengan seorang teman yang merupakan seorang wanita yang juga ibu kepada dua anak yang merokok secara sembunyi sembunyi kerana takut akan tanggapan negatif masyarakat terhadap beliau. Namun pada masa yang sama teman berkenaan tanpa segan silu akan meminta sebatang rokok dari kawan kawan lelaki bila dia keputusan stok. Adakah dia seorang yang hipokrit kerana satu kampung sudah heboh dan mengetahui bahawa dia adalah seorang perokok dan buat tak peduli sahaja. Namun dia masih berlakon seolah masih mahu menyembunyikan tabiat merokok beliau daripada pandangan masyarakat.




Persoalan sekarang adalah... adakah salah bagi seorang wanita untuk merokok dikhalayak ramai terutama sekali wanita timur? Mungkin ada yang berpendapat amat kurang menyenangkan sekali melihat seorang wanita merokok. Tapi mungkin ada yang tak kisah dan bagi merokok itu adalah hak masing masing. Bergantung kepada anda semua untuk meyuarakan pendapat masing masing.

Thursday 28 May 2009

Biawak



Met this juvenile crawler yesterday while doing my rounds. It just froze there when it realises that I was heading towards the tree. So.. what else, just took the opportunity to snap this guy. Many could be found around this area and you wouldn't believe the size of some. Personally saw one which could be the size of a small crocodile earlier this month. The one in this picture is considered a small one in terms of size as compared to some of the one i saw.

Not exactly a romantic topic to post here. Haha. But just want to share nature's small wonders with you guys. I mean definitely us humans don't have the ability to climb trees the way these monitor lizards do. And certainly these guys can climb damn fast. Should see the way it just ran straight up when it saw me approaching near the tree. I mean one second it was there and the next second gone juat like that. Reminds me of a few girls that i used to approach... ahaks.. 

Monday 25 May 2009

Mother

Sunday 24 May 2009

In Loving Memory



Last thursday was the first annivesary of the early demise of my late brother. He passed away one year ago at the still early age of 45. The above picture was taken in 1977 when he was  a young lad of fourteen. I happened to have this in my possesion together with some old photos of myself and my mum and sis which was used in a border pass when we were visiting some relatives in southern Thailand. Found it safely kept by my father when I was going through some things after my father passed away.

Sometimes you just wished you could have more time with the people you love but in today's world you are always busy pursuing worldly desires and forget about appreciating your time with family and friends.... and when they are gone, you would always feel the empty space somewhere deep in your heart and a certain longing for them.. 

To Nik Mohd Yusoff Bin Nik Salleh.. AL-FATIHAH..Peace be upon you my brother

Friday 22 May 2009

Pentas Wayang Dunia

Dalam meniti kehidupan seharian, kadang kadang terfikir jua yang banyak berlaku pementasan wayang bangsawan secara "langsung" yang banyak dipersembahkan di hadapan mata kita. Ini terutama sekali dapat kita jumpa di pejabat di mana banyak kaki kipas yang dapat menjiwai watak sebagai pelakon utama dengan jayanya sekali.

Dan semestinya ini bukan pementasan main main bagi pelakon pelakon ini. Mereka dengan serius sekali membawa peranan masing masing demi untuk memastikan anugerah pelakon terbaik jatuh ke tangan mereka tahun ini. Dan yang anehnya, beberapa pelakon leleaki dan wanita sedang berebut rebut dalam mempamerkan diri mereka sebagai pelakon yang paling bagus. sedangkan mereka ini juga adalah kawan baik diantara mereka dan merupakan satu 'clique'. dalam masa yang sama mereka bersaing dengan amat hebat sekali. namun peementasan yang dianggap serius bagi mereka pula adalah merupakan sandiwara lawak jenaka yang tak mengeringkan gusi kepada penonton yang sentiasa mengikuti perkembangan drama swasta ini. dan tak kurang juga banyak senyuman sinis terlempar ke arah pelakon berkenaan yang nampaknya kurang menegerti sindirin sindiran serta kiasan yang agak menusuk kalbu yang terlempar ke arah mereka sekian hari. Pelakon ini semua masih lagi asyik di alam khayalan mereka yang amat meriah bagi diri mereka sendiri dan penuh dengan haruman kasturi hipokrasi. 

Bak kata hikayat melayu... biarlah luncai terjun dengan labu labunya... biarkan mereka meneruskan lakonan bangsawan mereka yang semestinyasatu hari nanti bakal memakan diri sendiri.... begitulah kalau anak kecil main api... nanti terbakar dirinya sendiri......

Sunday 17 May 2009

High Places


Cable Car Station ....Langkawi


Hentian Titiwangsa, Jalanraya Timur Barat, Gerik - Jeli

Honeymoon Suite




Sunday 10 May 2009

Enya ~ Orinoco Flow