CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday 27 July 2009

Penangan Si Tikus

Saksikanlah tutup balang yang dah berlubang tu. Didalam balang inilah pernah tersimpan kerepek pisang yang amat lazat. Nampaknya rezeki saya tak habis sebalang. Datanglah si cik siti dengan jayanya menebuk lubang dan membantu saya menghabiskan saki baki kerepek pisang dalam balang ini. Tak cukup dengan itu, kalau diperhatikan betul2 gambar ini, boleh kita nampak tompok-tompok hitam yang merupakan peninggalan isi perut tikus berkenaan yang dengan bongkaknya dipamerkan untuk tontonan saya.

Nampak gaya cik siti telah mula bermaharajalela. Syarikat 'pest control' tak datang service lagi bulan ni, dapat la korang joli... siap la nanti bila 'pest control' datang. Dengan murah hati la diorang tinggalkan makanan lazat untuk cik siti. Lepas makan.... hmmmmm... jalan terus.....

Tuesday 21 July 2009

Joran


Ini dia reel DAM model HPN 630FD. Ni sebenarnya reel terbaru yang saya beli dan banyak digunakan untuk casting. Reel ni kecik jer sebab cita cita saya pun bukanlah nak tamak sangat tangkap ikan besar sangat pun. Saja suka suka nak casting time mancing. Joran yang saya guna untuk reel ini adalah ABU GARCIA ULTRA CAST II yang sepanjang enam kaki dan memang direka khas untuk casting. Bagi yang tak tahu dalam bahasa melayu casting tu dipanggil 'gewang'.

Ini pula reel veteran yang banyak berjasa kepada saya. Keluaran BANAX model SX3000. Reel ni banyak berjasa kepada saya di mana banyak rekod peribadi telah tercipta bersama reel ini. Antaranya ialah kejayaan menaikkan 7 ekor kerapu dalam masa 3 jam di Muara Sungai Kuala Ibai berhampiran Masjid Terapung Kuala Terengganu pada 2006(Malam tu syok makan ikan bakar..hahaha). Dengan reel ini jugalah saya berjaya menaikkan Toman pertama saya walaupun anak toman yang hanya berat beberapa ratus gram sahaja tapi gembira la juga bila pertama kali naikkan toman tasik kenyir. Banyak juga rezeki dengan reel ni termasuk berjaya menaikkan baung akar(Baung kuning) sebanyak beberapa ekor dalam sepetang yang menghasilkan pesta Baung masak Tempoyak pada keesokan harinya.
Reel ini diletak pada joran ABU GARCIA TOURNAMENT yang juga panjang enam kaki dan banyak saya gunakan setiap kali pergi memancing.
Inilah gambar dua senjata saya. Dulu ada banyak lagi Joran tapi banyak dah disedekah secara paksarela oleh kawan kawan, tapi yang dua ni kalau nak ambik, langkah mayat saya dulu la.... hahaha.

Tak lama lagi nak meninggalkan Kenyir untuk berhijrah ke tempat baru. Maka joran joran ini akan beraksi di medan perjuangan lain pula selepas ini. Niat di hati nak tambah satu lagi Joran dari Jenama UGLY STICK lepas ni kalau ada rezeki.....

Minum Petang 21 Julai 2009

Minum petang hari ini yang penuh dengan kenikmatan ... haha

marble cheese cake dengan kopi strawberry

Monday 20 July 2009

Teh Tarik Strawberry


Inilah Teh Tarik Strawberry yang menjadi kegilaan saya sekarang. Stok mesti sentiasa ada, kalau tak mesti susah hati... hehehehe....

Masalahnya satu je... hanya satu kedai kat Cameron je yang jual teh ini, kedai 88 yang berada di antara Blue Valley dengan Simpang Pulai. Jadi kalau nak cari stok, terpaksalah ke Cameron, jadi bila ada kat sana, terpaksalah beli stok berkotak kotak sebab takkan nak berulang ke Cameron tiap2 bulan.... hehe

Thursday 16 July 2009

Durian Kampung Basung



Dapat Durian ni percuma pemberian dari sorang staff kat resort. Sebenarnya dapat tiga bijik tapi passing2 kat orang lain yang dua bijik lagi takut 'Blood Sugar' me'roket' naik kalau saya bedal tiga bijik durian sekaligus, kalu diikutkan sejarah lepas setakat tiga bijik tu sambil dok lepak2 pejam sebelah mata pon boleh 'langsai' sekejap je.

Tahun ni musim durian betul2 menjadi kat area kenyir ni. Di sepanjang perjalanan menuju ke tasik kenyirni merata rata boleh jumpa bangsal menjual durian di tepi jalan. Kalau ikutkan hawa nafsu, memang dah 'check-in' dalam hospital lagi sekali saya tahun ni. Tulah sebab control ayu jer bila nengok durian. Pandang sebelah mata je walaupun airlio tak berenti meleleh.....

Monday 13 July 2009

You Are Not Alone




"You Are Not Alone"

Another day has gone
I'm still all alone
How could this be
You're not here with me
You never said goodbye
Someone tell me why
Did you have to go
And leave my world so cold

Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Something whispers in my ear and says
That you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay

But you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
But you are not alone

'Lone, 'lone
Why, 'lone

Just the other night
I thought I heard you cry
Asking me to come
And hold you in my arms
I can hear your prayers
Your burdens I will bear
But first I need your hand
Then forever can begin

Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Something whispers in my ear and says
That you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay

For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
For you are not alone

Whisper three words and I'll come runnin'
And girl you know that I'll be there
I'll be there

You are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay
For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart

For you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay

For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart

For you are not alone...

Thursday 2 July 2009

Makan Malam 1 Julai 2009


Hidangan cuci mulut... pulut mangga yang sememangnya bagus untuk diabetes yang dihidapi oleh saya. Kalau Doktor saya tenguk pasti meletup. Pulut yang memang dia tak bagi makan. Atas pulut tu pulak diorang tabur gula.. waduhhhhhhhhhhhh!!!

Pastu pulak santan yang memang mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi. Bagus untuk makhluk yang menghadapi masalah kadar kolesterol yang tinggi dalam darah macam saya ni....hahahahahaha


Hidangan utama malam ni pulak.... Nasi kerabu dengan ayam bakar. Banyak pulak nasi dia letak. Satu lagi hidangan yang gerenti akan menyebabkan doktor saya meletup......hhmmmmm