CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, 21 July 2009

Joran


Ini dia reel DAM model HPN 630FD. Ni sebenarnya reel terbaru yang saya beli dan banyak digunakan untuk casting. Reel ni kecik jer sebab cita cita saya pun bukanlah nak tamak sangat tangkap ikan besar sangat pun. Saja suka suka nak casting time mancing. Joran yang saya guna untuk reel ini adalah ABU GARCIA ULTRA CAST II yang sepanjang enam kaki dan memang direka khas untuk casting. Bagi yang tak tahu dalam bahasa melayu casting tu dipanggil 'gewang'.

Ini pula reel veteran yang banyak berjasa kepada saya. Keluaran BANAX model SX3000. Reel ni banyak berjasa kepada saya di mana banyak rekod peribadi telah tercipta bersama reel ini. Antaranya ialah kejayaan menaikkan 7 ekor kerapu dalam masa 3 jam di Muara Sungai Kuala Ibai berhampiran Masjid Terapung Kuala Terengganu pada 2006(Malam tu syok makan ikan bakar..hahaha). Dengan reel ini jugalah saya berjaya menaikkan Toman pertama saya walaupun anak toman yang hanya berat beberapa ratus gram sahaja tapi gembira la juga bila pertama kali naikkan toman tasik kenyir. Banyak juga rezeki dengan reel ni termasuk berjaya menaikkan baung akar(Baung kuning) sebanyak beberapa ekor dalam sepetang yang menghasilkan pesta Baung masak Tempoyak pada keesokan harinya.
Reel ini diletak pada joran ABU GARCIA TOURNAMENT yang juga panjang enam kaki dan banyak saya gunakan setiap kali pergi memancing.
Inilah gambar dua senjata saya. Dulu ada banyak lagi Joran tapi banyak dah disedekah secara paksarela oleh kawan kawan, tapi yang dua ni kalau nak ambik, langkah mayat saya dulu la.... hahaha.

Tak lama lagi nak meninggalkan Kenyir untuk berhijrah ke tempat baru. Maka joran joran ini akan beraksi di medan perjuangan lain pula selepas ini. Niat di hati nak tambah satu lagi Joran dari Jenama UGLY STICK lepas ni kalau ada rezeki.....

0 comments: