CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday 27 June 2009

Telefon Bimbit dan Seks


Terpanggil rasanya untuk membicarakan sesuatu yang berbeza hari ini...... kaitan antara teknologi moden terkini dan naluri manusia yang wujud sejak manusia pertama lagi. Kebelakangan ini banyak tersebar pelbagai video klip rakaman aksi aksi panas pemuda pemudi kita melalui telefon bimbit. Memang lumrah manusia dikuasai nafsu untuk melakukan aksi panas sedemikian, namun apa yang mendorong mereka untuk merakamkan aksi berkenaan menggunakan telefon bimbit mereka. Apakah sebabnya juga aksi aksi berkenaan diedarkan kepada seluruh pelusuk alam maya melalui penggunaan internet?.





Banyak klip rakaman video menggunakan telefon bimbit membabitkan pelajar sekolah, Pelajar IPT mahupun muda mudi telah tersebar. Yang menyedihkan lagi, pelajar sekolah siap berpakaian seragam tanpa segan silu beraksi seolah profesional di hadapan kamera.
Tidak kurang juga pembabitan gadis melayu siap bertudung. Malah
ada yang bertudung labuh pun terlibat.






Apa yang mendorong mereka untuk menjadi sebegitu berani. Tidakkah mereka takut akan
terbongkar kegiatan 'panas' mereka dan mereka akan menghadapi masalah?.Tidakkah mereka takut akan dikenakan tindakan yang akan menjejaskan masa depan mereka kelak.
Inilah sebenarnya harga kemajuan yang kita kecapi pada masa
kini. Dalam usaha mengejar status sebagai sebuah negara maju, maka batas tatasusila telah sewenangnya dilanggar. Sudah hilang norma masyarakat timur
dan kita telah menjadi lebih kebaratan berbanding masyarakat barat.

Mungkin satu hari nanti, pelbagai aksi lagi dasyat yang akan terdedah.

2 comments:

Anonymous said...

dunia akhir zaman..

iman tak diwarisi..

parents perlu kembali ke landasan yang telah digariskan dalam islam, dalam mendidik anak2..

anak2 ibarat kain putih yang bakal dicorakkan oleh ibu bapa..

sekiranya jiwa anak ditanamkan dengan ilmu Allah.. insyaAllah tak terjadi demikian.. kena sentiasa waspada terhadap pengaruh rakan sebaya..

semoga Allah menjauhkan kita dan saudara2 kita daripada terlibat dalam gejala seperti ini..

wallahualam..

Joaquin said...

Aku turut melahirkan rasa simpati pada generasi muda hari ini. Mereka gagal berfikiran normal dalam kebanyakkan situasi. Mereka langsung tidak memikirkan kesannya. Semoga anak-anak kita dijauhi dan dilindungi.