CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday 31 May 2009

Wanita Merokok


Semalam sedang asyik menikmati kopi di sebelah pagi dan bersembang dengan seorang rakan, timbul satu isu yang menarik dibincangkan. Pandangan masyarakat terhadap wanita yang merokok.  Teman berbual saya adalah seorang wanita dan beliau adalah juga seorang perokok yang menghabiskan satu bungkus rokok sehari. Dalam perbualan kami timbul isu berkaitan dengan pandangan masyarakat terhadap perokok wanita. Bagi beliau, tiada sebarang masalah kerana beliau dengan selamba menghisap rokok dikhalayak ramai dan tidak teragak agak untuk lepak di kedai mamak dengan rakan sekerja dan menghembus asap rokok.




*Gambar ini hanya ilustrasi dan bukan teman yang dinyatakan dalam artikel ini


Perbualan kami mula rancak berkaitan dengan seorang teman yang merupakan seorang wanita yang juga ibu kepada dua anak yang merokok secara sembunyi sembunyi kerana takut akan tanggapan negatif masyarakat terhadap beliau. Namun pada masa yang sama teman berkenaan tanpa segan silu akan meminta sebatang rokok dari kawan kawan lelaki bila dia keputusan stok. Adakah dia seorang yang hipokrit kerana satu kampung sudah heboh dan mengetahui bahawa dia adalah seorang perokok dan buat tak peduli sahaja. Namun dia masih berlakon seolah masih mahu menyembunyikan tabiat merokok beliau daripada pandangan masyarakat.




Persoalan sekarang adalah... adakah salah bagi seorang wanita untuk merokok dikhalayak ramai terutama sekali wanita timur? Mungkin ada yang berpendapat amat kurang menyenangkan sekali melihat seorang wanita merokok. Tapi mungkin ada yang tak kisah dan bagi merokok itu adalah hak masing masing. Bergantung kepada anda semua untuk meyuarakan pendapat masing masing.

0 comments: