CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday 14 January 2009

10 Langkah Anti Israel saya

Ini adalah resolusi diri saya dalam usaha kerdil diri saya untuk menyokong perjuangan rakyat palestin.

1. Berhenti kunjungi Restoren dari US seperti Starbucks, KFC dan McDonalds. Kita masih banyak lagi pilihan dan seeloknya lagi kita menyokong perniagaan rakyat malaysia seperti Station Kopitiam dan pelbagai restoren tempatan yang sudah tumbuh macam cendawan sekarang.

2. Menukar jenama rokok. Saya sudah berhenti membeli Marlboro Lights dan sudah tukar jenama rokok kepada Mild Seven Lights(Jenama yang berasal dari Jepun).

3. Berhenti minum Coke dan Pepsi. Lagipun memang sudah lama saya tidak mengamalkan minuman berkarbonat yang mempunyai kandungan gula yang tinggi demi untuk kesihatan diri. Pelbagai minuman lain masih lagi dapat dibeli di semua kedai runcit serta pasaraya yang dikeluarkan oleh pengeluar tempatan.

4. Memanjangkan segala email tentang penderitaan rakyat Palestin yang diterima kepada rakan sekerja serta kenalan yang terdapat dalam address book saya.

5. Memanjangkan kempen memboikot barangan US serta syarikat yang mempunyai kepentingan Yahudi kepada kawan kawan saya yang lain.

6. Menyertai kempen online menentang keganasan Yahudi dan juga menyertai ahli pelbagai kumpulan anti Israel di dalam alam maya.

7. Tidak lagi menjejak kaki ke Hotel yang diuruskan oleh Syarikat US seperti Hilton dan Ritz Carlton demi untuk tidak menyokong Syarikat dari US.

8. Sentiasa mengingatkan kawan kawan akan kempen anti Israel di dalam perbualan harian.

9. Menderma setakat mana yang mampu kepada tabung rakyat Palestin.

10. Menggunakan blog ini sebagai salah satu saluran penyedaran akan usaha membantu rakyat Palestin.


* INI ADALAH DI PETIK DARI LAMAN BLOG www.suarakerdil.wordpress.com

0 comments: